top of page
Search
  • Writer's pictureUKPEL

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Disember 2018


Para penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Disember 2018

30 SEPTEMBER 2019 (ISNIN):

Pada 27 September 2019, Politeknik Balik Pulau telah mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi Dis 2018. Majlis ini berjalan lancar dengan adanya penglibatan pelajar-pelajar penerima Anugerah Ketua Jabatan sesi Dis 2018 dan pelajar penerima Anugerah Peningkatan Pencapaian Akademik berdasarkan perbandingan Purata Nilai Markah (PNM) Sesi Dis 2018 yang telah disenaraikan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Ketua Jabatan Pengajian Am, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua-ketua Unit, Ketua-ketua Program dan para pensyarah PBU.




Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi memberikan ucapan pendahuluan


Pengarah PBU, encik Abdul Hanif menyampaikan amanat dan pesanan beliau kepada para pelajar yang diraikan


Timbalan Pengarah Akademik, encik Rusmay bin Abdullah menyampaikan ucapan


Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil pelajar dan diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Puan Wan Nur Wahidah Binti Hashim. Turut memberikan ucapan ialah Timbalan Pengarah Akademik PBU, Encik Rusmay Bin Abdullah. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Balik Pulau, Encik Abdul Hanif Bin Mustapha. Tuan pengarah berbesar hati menyampaikan sijil Anugerah Ketua Jabatan kepada seramai 106 pelajar AKJ Sesi Dis 2018 dan juga 18 orang penerima Anugerah Peningkatan Pencapaian Akademik berdasarkan perbandingan Purata Nilai Markah (PNM).



Penerima Anugerah Peningkatan Pencapaian Akademik berdasarkan perbandingan Purata Nilai Markah (PNM)


Penerima Anugerah Ketua Jabatan Sesi Dis 2018



Penerima Anugerah Ketua Jabatan Sesi Dis 2018



Penerima Anugerah Ketua Jabatan Sesi Dis 2018


Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada wakil pelajar PBU, kumpulan kugiran Hati Nyamuk dibawah pimpinan Encik EddyZulham. Selepas sesi bergambar dengan semua penerima anugerah, hadirin dijemput menikmati jamuan tengahari.



Program ini diharapkan dapat memotivasikan pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan akademik melalui penghargaan yang diberi serta dapat menyuntik semangat para pelajar lain secara keseluruhannya dalam memastikan komitmen yang tinggi sepanjang pengajian di Politeknik Balik Pulau dan sentiasa berkeinginan untuk mencapai kecemerlangan.



11 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page