top of page
Search
  • Writer's pictureUKPEL

MINGGU PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK

Updated: Feb 9, 2020


Encik Shahariman bin Mamat menyampaikan ceramah beliau


11 DISEMBER 2019 (RABU): Pelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan kecemerlangan di samping mengukuhkan keperibadian mereka, maka Unit Kecemerlangan Pelajar bersama-sama Jawatankuasa Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Balik Pulau (SPAk PBU), mengambil inisiatif dengan menganjurkan “Minggu Program Penasihatan Akademik” yang dirancang diadakan pada setiap permulaan semester baru di Politeknik Balik Pulau. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 Disember 2019 bertempat di Dewan Serbaguna PBU.


Minggu Program Penasihatan Akademik merupakan platform utama bagi memperkenalkan Modul Inspirasi Diri (MinD) dan merealisasikan penggunaannya dikalangan pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan yang menyeluruh mengenai Modul MinD.


Peserta terdiri daripada pelajar semester 1, 2, 3 dan 4 berstatus aktif di Politeknik Balik Pulau dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi anggaran berjumlah 640 orang pelajar.



KJ JTMK, puan Wan Nur Wahidah menanyakan soalan kepada para peserta

Sesi soal jawab bersama peserta



Para penceramah yang terlibat adalah kaunselor PBU, Encik Shahariman bin Mamat, Timbalan Pengarah Akademik, encik Rusmay bin Abdullah, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi, puan Wan Nur Wahidah binti Hashim dan juga Ketua Jaminan Kualiti, puan Rafizah binti Shaharuddin. Pihak penganjur juga telah menjemput penceramah dari Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) iaitu Dr. Siti Salmah binti Md. Kassim.



Dr. Siti Salmah menjalankan aktiviti bersama para peserta

Program ini memberi pengalaman kepada peserta dari segi pembelajaran dan juga kehidupan sosial di politeknik. Mereka didedahkan dengan system politeknik dan cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi dari segala aspek secara holistik.





22 views0 comments
bottom of page