top of page
Search
  • Writer's pictureUKPEL

PROGRAM PENGUKUHAN BERPASUKAN "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"



Antara peserta yang hadir pada program Team Building



18 OKTOBER 2019 (JUMAAT): Satu Program ‘Team Building’ telah dijalankan bertujuan bagi melahirkan pelajar yang boleh bekerja secara berpasukan supaya sesuatu kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan ringan. Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran, dan banyak lagi.


Program ini merupakan anjuran Unit Kecemerlangan Pelajar, Politeknik Balik Pulau dengan kerjasama Unit Sistem Penasihatan Akademik Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PBU pada 17 Oktober 2019 bertempat di Bukit Merah Laketown Resort.

Peserta terdiri daripada 25 orang wakil pelajar dari setiap kelas Semester 1,2,3 dan 4 Sesi Jun 2019.


Program ini telah dijayakan dengan kerjsama pihak urusetia Bukit Merah Laketown Resort. Dalam sesi pertama iaitu “Ice Breaker”, para peserta telah digabungkan bersama dengan para peserta daripada unit Keusahawanan PBU dan dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua untuk memimpin kumpulan mereka sepanjang aktiviti dijalankan



Sesi pengenalan dah "ice breaking"

Aktiviti kedua ialah “Laketown Amazing Raze”. Setiap kumpulan perlu bekerjasama dan berfikiran kreatif dalam menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint yang telah disiapkan. Terdapat pelbagai tugasan berkumpulan di 7 checkpoint yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan.



Para peserta menyelesaikan tugasan dalam aktiviti Laketown "Amazing Race"

Aktiviti terakhir mengabungkan 3 aktiviti iaitu “Raft Build, Water Confident & Water Rafting”. Aktiviti “Raft Build” memerlukan setiap kumpulan membina rakit dengan menggunakn bahan-bahan yang disediakan seperti buluh, pelampung dan tali. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkan rakit masing-masing. Semasa aktiviti pemasangan rakit dan bahan apungan ini, semangat kerjasama pasukan merupakan suatu elemen yang penting. Ini kerana kepantasan ahli kumpulan menyiapkan pemasangan, komunikasi kedudukan ahli dan penyelarasan kerja akan memastikan kerja disiapkan dengan cepat dan rakit selamat untuk dinaiki. Oleh itu, ‘sequence’ arahan oleh ketua kumpulan dan kerja dari setiap ahli amat penting bagi mengelakkan kegagalan rakit untuk terapung di kemudian hari.



Sesi taklimat mengenai pemasangan "Water Rafting"


Aktiviti kemuncak program ialah water rafting sekitar tasik. Aktiviti water rafting ini merupakan modul yang paling ditunggu-tungu oleh para peserta. Yang menyasarkan 2 objektif utama untuk modul ini iaitu; (i) semangat kerjasama sepasukan, dan (ii) persediaan stamina, kelasakan, kekuatan tangan dan keseimbangan tubuh badan ketika di atas bot.



Para pelajar melakukan aktiviti "water rafting" di tasik Laketown Resort



Majlis Penutup Program


Program ini memberi pengalaman kepada peserta dari segi kepimpinan dan semangat berpasukan. Para peserta memahami pentingnya menjadi SATU pasukan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama dalam mencapai matlamat sesuatu organisasi. Program ini juga dapat memperkasakan kemahiran kepimpinan dan sekaligus dapat melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti.

7 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page